Terima Dengan Seadanya..:)

Selamat Tengah Hari semua..aku ari nie nk cte smthng tp xperlu lah..t jatuh maruahnya pulak..aku juz nk kgsi sedikit tentang terima dengan seadanya ini seperti..

” Sesiapa yang tidak mensyukuri atas nikmat yang sedikit, hakikatnya dia tidak bersyukur atas nikmat yang banyak. Dan sesiapa yang tidak berterima kasih pada manusia, hakikatnya dia tidak berterima kasih pada Allah.”( Riwayat Nu’man Ibnu Bashir)

“Qanaah atau merasa cukup, kita biasanya tidak akan dapat semua yang kita mahukan. Ada yang susah dari segi kewangan tetapi punya ramai anak. Ada yang kaya raya tetapi kesepian dan impikan cahaya mata. Ini adalah sebahagian rahsia Allah, bukan kerana Allah tidak sayangkan tetapi kerana Dia sudah membuat perancangan yang rapi untuk manusia”. (Riwayat al Qudhaai)

Jalan terbaik, berpuas hatilah dengan apa yang di berikan dan janganlah rasa kecewa. Tiada yang sempurna di dunia ini. Kita tidak akan dapat semua yang kita mahuksan kerana barangkali itu akan menyebabkan kita menjadi manusia yang riak dan lalai.

BISIKKAN KE HATI

” Kini aku sedar rahsia ketetapan Allah terhadap diriku. Jika cita-cita dan keinginan ku terkabul, aku akan bersyukur dan gembira dengan nikmat yang ada. Namun jika sebahagiannya tidak tercapai, aku tidak akan kesal dengan nasibku. Aku sedar tiada yang sempurna dan aku terima keadaan ini seadanya.”



jadi aku harap semua manusia jgn lah memilih .. terema je ape yg ade n anda semua dapat okey.. aku harap tuhan tabahkan aku untuk menghadapi semua dugaan ini..okey lah aku hendak mengundur diri dahulu..salam..:)

No comments:

Post a Comment